Isnin, 16 Disember 2013


ESEI KUMPULAN



TAJUK KUMPULAN KAMI BERKAITAN SISTEM LATIHAN DIKALANGAN ATLET SEKOLAH SUKAN DENGAN SEKOLAH HARIAN BIASA.

1.0       PENGENALAN
            Pelajar mempunyai perbezaan di antara satu sama lain walaupun mereka berada dalam tahap pembelajaran yang sama. Perbezaan individu ini merangkumi dari aspek pemikiran, tindak balas, minat,  kecenderungan, pencapaian dan pemahaman. Justeru pelajar-pelajar ini mempunyai gaya yang tersendiri  untuk menerima dan bertindak balas dengan persekitaran. Pelajar juga berbeza dari sudut menggunakan  rangsangan dalaman, proses pembelajaran dan pendekatan yang diambil oleh setiap pelajar adalah  berdasarkan tanggapan subjektif mereka terhadap kehendak pengajar atau konteks pembelajarannya.
            Gaya pembelajaran yang sesuai dengan diri pelajar sangat penting kerana ia mempunyai hubungan yang  kuat terhadap keputusan pencapaian akademik pelajar. Di mana, gaya pembelajaran memberi ruang  kepada pelajar untuk memperkembangkan potensi mereka dalam mencapai keputusan akademik yang  cemerlang.
            Gaya pembelajaran murid yang aktif contohnya pelajar sekolah projek sukan adalah berbeza dengan pelajar sekolah harian biasa. Walaupun prestasi akademik mereka sama, kaedah pembelajaran adalah berbeza antara pelajar sukan dan bukan pelajar sukan. Hal ini disebabkan oleh beberapa faktor seperti, sikap, motivasi, kekangan masa dan sistem pengurusan diri pelajar.
            Oleh itu, kajian ini dilakukan untuk mengenalpasti sistem latihan dikalangan atlet sekolah sukan dengan sekolah harian biasa. Kajian ini dilakukan supaya jurulatih dapat mencari alternatif  untuk memperbaiki prestasi sedia ada kepada yang lebih efisien dan juga kepada pelajar sendiri untuk melakukan penambahbaikan dalam pencapaian  masing-masing.
          
2.0       OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini adalah untuk :

I.                    Mengenalpasti  sistem latihan dikalangan atlet sekolah  sukan dan pelajar sekolah harian biasa.
II.                  Membuat perbandingan antara sistem latihan dikalangan atlet disekolah sukan dengan pelajar sekolah harian biasa.
III.                Memberikan pendedahan kepada atlet tentang sistem latihan yang berkesan.

3.0       KEPENTINGAN KAJIAN

            Kajian ini adalah sangat bermanfaat untuk dijadikan sebagai rujukan kepada bidang kokurikulum, guru pendidikan jasmani, atlet dan ibu bapa.


I.                    Bidang kokurikulum
            Bidang kokurikulum misalnya Institut Sukan Negara, Majlis Sukan Negeri, dan Majlis Sukan Daerah dapat merangka program latihan yang efisien kepada sekolah sebagai cadangan penambahbaikan mengikut spesifiasi pencapaian murid. Ianya juga dapat dijadikan rujukan prestasi dan perkembangan pelajar dari semasa ke semasa.


II.                  Guru Pendidikan jasmani
            Kajian ini juga dapat membantu guru pendidikan jasmani menepati kehendak dan  perubahan arus  globalisai dalam bidang kesukanan pada masa hadapan. Amalan dalam sistem latihan yang sesuai dan berkesan pastinya akan mendatangkan hasil yang baik. Hal ini pastinya akan menjurus kepada peningkatan tahap pencapaian prestasi para pelajar. Selain itu,gaya latihan guru yang kreatif dan bersesuaian dengan tahap pelajar sudah tentu mendatangkan keseronokan dan keberkesanan dalam sistem latihan dikalangan atlet.

III.                Atlet
            Kajian ini juga diharapkan dapat membantu atlet memilih kaedah yang terbaik untuk meningkatkan prestasi latihan mereka. Hal ini amat penting supaya atlet  boleh memberi tumpuan yang lebih baik semasa melakukan latihan serta memperbaiki teknik latihan yang lebih sistematik.

IV.                Ibu bapa
            Selain itu, kajian ini dapat juga dijadikan rujukan dan sebagai panduan kepada ibu bapa dan penjaga atlet tersebut untuk memberi motivasi kepada mereka bagi memperoleh pencapain yang cemerlang dalam bidang sukan.

4.0       METODOLOGI KAJIAN

I.                    Kaedah kajian
            Kajian ini dijalankan secara kuantitatif. Bermakna kami hanya menjalankan soal selidik. Kami telah menjalankan kajian menggunakan borang soal selidik yang mempunyai tiga bahagian iaitu bahagian A ( latar belakang responden ), bahagian B ( sukan dan akademik ) dan bahagian C ( sitem latihan ).

II.                  Lokasi kajian
Kajian telah dilakukan di dua buah sekolah iaitu :

·         Sekolah sukan
·         Sekolah harian biasa

III.                Responden
            Responden terdiri daripada pelajar menengah atas di kedua-dua buah sekolah. Umur pelajar dalam lingkungan 15-17 tahun. Responden merupakan pelajar sekolah berikut. Seramai 30 orang responden telah dipilih untuk menjawab soal selidik. Pelajar terdiri daripada kumpulan pelajar yang aktif bersukan.

5.0       DAPATAN KAJIAN

Kajian 1
            Setiap responden mempunyai bidang sukan yang berbeza. Antara sukan yang diceburi oleh mereka adalah seperti :
·         Badminton
·         Bola baling
·         Bola sepak
·         Bola tampar
·         Futsal
·         Softball
·         Hoki
·         Bola jarring
.         Basikal







JADUAL 1




Jadual 1 menunjukkan kepelbagaian bidang sukan di antara pelajar sukan dan pelajar sekolah harian biasa. Bola Sepak merupakan salah satu sukan yang popular di kedua-dua sekolah. Hal ini mungkin kerana sukan bola sepak adalah merupakan salah satu sukan popular di Malaysia. Mungkin itu menjadi salah satu motivasi kepada mereka. Jadi, boleh disimpulkan bahawa semua pelajar melibatkan diri dalam sukan yang dianjurkan di sekolah.


 Kajian 2

JADUAL 2



Berdasarkan analisis data, sistem latihan dikalangan atlet adalah berbeza mengikut jadual latihan. Atlet sekolah harian biasa berlatih hanya berlatih 8 hari dalam sebulan manakala atlet sekolah sukan berlatih 14 hari dalam sebulan. Berdasarkan kajian, dapat disimpulkan bahawa pelajar sekolah harian biasa tidak mendapat latihan yang cukup untuk meningkatkan prestasi mereka . Hal ini mungkin jurulatih di sekolah harian biasa tidak menjalankan tanggungjawabnya dan hanya sebagai memenuhi syarat sahaja. Latihan yang tidak mencukupi sebenarnya mengganggu prestasi atlet untuk menjadi lebih cemerlang kerana ianya akan menurunkan kecergasan fizikal seseorang atlet.


Kajian 3

JADUAL 3



Sememangnya setiap pelajar mempunyai sistem latihan yang berbeza-beza. Dalam kajian ini, kami fokuskan  kepada dua bentuk sistem latihan iaitu latihan berdasarkan turun temurun dan latihan berdasarkan bateri latihan yang telah dirancang. Ternyata majoriti atlet di sekolah harian biasa mengamalkan kaedah latihan secara turun temurun. Kaedah latihan turun temurun  sememang tidak berkesan untuk digunakan. Hal ini kerana, tahap kecergasan atlet tidak meningkat kerana mereka melakukan rutin harian yang sama dan tidak menumpukan kepada aspek yang boleh meningkatkan stamina dan kemahiran dalam bidang seseorang atlet tersebut. Oleh itu,jurulatih di sekolah harian biasa perlu merujuk kepada Majlis Sukan Negeri untuk memberi latihan kepada atlet mereka.


Kajian 4

JADUAL 4



Dalam bidang kesukanan, imbuhan merupakan satu ganjaran untuk atlet bagi memperolehi kemenangan. Di sekolah sukan, mejoriti atlet bersetuju bahawa mereka mendapat ganjaran bagi setiap kejohanan yang mereka. Dalam kajian ini, atlet lebih bersemangat jika mendapat ganjaran apabila menyertai sesuatu kejohanan. Selain itu juga, Ibu bapa juga berperanan dalam meningkatkan prestasi anak-anak mereka didalam sesebuah pertandinganutama kerana di sekolah mereka. Mereka tidak boleh hanya melepaskan batuk di tangga dan meletakkan semua tanggungjawab tersebut kepada jurulatih secara langsung.



6.0          KESIMPULAN
Atlet mempunyai tahap kecergasan fizikal yang berbeza terhadap sistem latihan yang diberikan. Atlit juga belatih cara berkala bagi mengekalkan tahap kecergasan secara konsisten supaya sentiasa bersedia untuk sesuatu kejohanan.
Latihan yang berterusan tidak hanya dapat mengekalkan kecergasan atlet bahkan atlet dapat menguasai  teknik-teknik dan seterusnya dapat diaplikasinya didalam perlawanan. Latihan yang melibatkan usaha untuk menguasai kemahiran dan ketekalan di samping mengekalkan tahap kecergasan. Kajian dalam bidang psikologi dan pendidikan menunjukkan individu mempunyai kemahiran yang berbeza memproses maklumat. Kaedah tersendiri individu mencuba dan mengaplikasikan semula teknik yang dilatih sebagai proses beradaptasi.
Oleh itu untuk berjaya, atlet perlu selalu berlatih dan menguasai bidang sukan yang diceburi untuk mendapatkan kemahiran. Walaubagaimanapun, kemungkinan wujudnya atlet yang berhadapan dengan konflik kecederaan apabila tidak mengikuti sistem latihan yang sesuai. Masalah berlaku apabila sistem latihan atlet tidak dapat disesuaikan dengan aktiviti dan kehendak jurulatih. Akibatnya atlet berisiko untuk cedera dan tidak fokus menyebabkan atlet tidak menjuarai pertandingan.
            Salah satu cara mengenalpasti kebolehan atau prestasi seseorang atlet dalam latihan adalah dengan menyedari kebolehannya. Penggunaan sistem latihan yang tepat dapat membantu seseorang atlet mengetahui dan memahami tahap kebolehan dan kemahiran dalam latihan. Atlet  yang tahu menggunakan latihan yang sesuai dengan dirinya akan lebih mudah membantu mereka mencapai tahap kecergasan yang cemerlang.
            Dalam usaha untuk mendapat karier sebagai seorang atlet, kajian lalu telah menegaskan bahawa seseorang atlet perlu menitikberatkan tentang cara latihan yang diambil supaya dapat mengelakkan masalah kegagalan. Oleh itu, kajian mengenai sistem latihan dikalangan atlet di sekolah perlu dibuat supaya proses dan prestasi atlet dapat dipertingkatkan. Di samping itu, kesedaran bidang kokurikulum sekolah mengenai sistem latihan di kalangan atlet juga boleh membantu pentadbiran sekolah menyediakan persekitaran dan sistem latihan yang lebih sesuai dengan pencapaian atlet.



7.0       RUJUKAN

B. Sarjit Singh dan Sheikh Kamaruddin. 1987. Buku Sumber Kecergasan Fizikal. Persatuan Pendidikan                    Jasmani Malaysia Ed. ke 3. Kuala Lumpur.

Fauzee H.A. 1989. Pendekatan Pengajaran Pendidikan Jasmani: Latihan Fizikal. Kuala Lumpur. Terbit Sri               Maju Sdn. Bhd.

Fox E.L & Mathews D.K. 1981. The Physiological Basics of Physical Education and Athletcs USA. Saunders               College Publishing.

O’shea John Patrick. 1976. Scientifik Principles and Methods of Strenght Fitness, 2nd ed. London.                           Addison-Wesley Publishing Co. Inc.

Rax Hazeldine. 1992. Fitness for Sport Marlborough. The Crowood Press Ltd.

Trevor Slack. 2000. USA Track & Field Coaching Manual. Human Kinetik: Australia.

Tudor O. Bompa. 1994. Theory and Methodlogy of Training. Canada. Kendall & Hunt Publishing                             Company.

Vasudevan T. Arasoo (1995). Pengajaran Pendidikan Jasmani untuk Sekolah-Sekolah Menengah dan                      Tinggi. Petaling Jaya. Siri Pendidikan Fajar Bakti.

Rabu, 11 Disember 2013

10 sudu gambar bahan bantu mengajar (BBM)
boling padang











Isnin, 2 Disember 2013


COVER CD



BIODATA

GE2153 TEKNOLOGI PENDIDIKAN
FAKULTI PENDIDIKAN, UKM
SEM 1 2013/2014
JUMAAT (11-12 TENGAHARI) 
DEWAN KULIAH 43.102 DTAMS


BIODATA






NAMA : MOHD MAJDI BIN ROMLI
NO. MATRIK : A141991
PROGRAM : PENDIDIKAN SUKAN DAN REKREASI
TAHUN PENGAJIAN : 2
EMAIL : mohdmajdiromli@gmail.com
FACEBOOK: Mohd Majdi
NO. TEL : 0195421127
NO. TEL. RUMAH :
ALAMAT KOLEJ : K5B 215 KOLEJ AMINUDDIN BAKI, UKM
ALAMAT RUMAH : NO. 66 KAMPUNG SPG 3 ULU SEDAKA, YAN KEDAH







KULIT BUKU.. DUA PILIHAN SAYA



Selasa, 8 Oktober 2013

10 video Sukan


10 VIDEO TENTANG SUKAN



VIDEO 1




VIDEO 2



VIDEO 3



VIDEO 4




VIDEO 5




VIDEO 6




VIDEO 7




VIDEO 8




VIDEO 9




VIDEO10